Thursday, 21 May 2015

TAKWIM 

AKTIVITI SEKOLAH

Cara Membuat Sijil dengan menggunakan Mail Merge

Dokumen yang diperlukan untuk menghasilkan sijil ini melibatkan dua kaedah seperti berikut :

  1. Pangkalan data dalam format Microsoft (MS) Excel seperti Rajah 1
  2. Format sijil dalam Microsoft Word seperti Rajah 2

Rajah 1

Rajah 2

 Selepas menyediakan format tersebut, maka kita boleh memulakan untuk membuat sijil iaitu dengan membuka format sijil yang sedia ada di dalam format Microsoft Word berikut.

       3.   Buka dan klik pada Insert - Start Mail Merge - Step by Step Mail Merge Wizard seperti
            dalam Rajah 3.

Rajah 3

       4.  Kemudian, paparan seperti berikut akan keluar di sebelah kanan Microsoft Word (Rajah 4).

          Rajah 5

       5.  Selepas itu, klik pada Next - Starting Document dan paparan Step 2 of 6 akan kelihatan 
            seperti Rajah 5 berikut.

Rajah 5

         6.  Seterusnya, klik pada Next - Select Recipient - dan paparan Step 3 of 6 akan keluar seperti 
              berikut.

Rajah 6

        7.  Untuk langkah ini, anda dikehendaki klik pada Browse yang terdapat disitu, kemudian anda 
            perlu mencari dokumen dalam format Microsoft Excell yang telah disediakan terlebih dahulu 
            tadi. Cari dan klik pada file tersebut seperti Rajah 7 ini. 

Rajah 7

        8.  Klik pada Open. 
             Satu paparan akan keluar. Pilih table yang betul mengikut nama fail dalam MS Excell tadi 
             dan klik OK.

Rajah 8

                    Klik Ok.
                    Kemudian kembali kepada format sijil MS Word yang telah disediakan.
           9.     Klik pada Mailing - Insert Merge Field 
 Rajah 9

            10.    Kemudian, pada tahap ini anda kena ingat dan tahu Jenis Sijil ( di atas sekali) sebagai 
                     medan apa, Nama (kedua atas sekali) pula sebagai medan apa dan seterusnya. Jika 
                     terlupa anda boleh padam dan mengeditnya semula. Seperti contoh dalam rajah 9, di 
                     atas sekali adalah untuk Jenis Sijil iaitu Sijil Penghargaan dan Sijil Penyertaan. 
                     Manakala yang kedua atas sekali pula adalah untuk Nama Pelajar dan seterusnya. 
                      (Rajah 10)

Rajah 10

         11.  Klik pada Next - Preview Your Letters seperti Rajah 11.

Rajah 11

       12.  Sekarang paparan seperti Rajah 12 akan terjadi. Semak sekiranya berlaku kesilapan. 

Rajah 12

         13.  Untuk melihat hasil keseluruhan untuk setiap pelajar, klik pada Edit Individual Letters 
                seperti Rajah 13.

Rajah 13

         14.  Klik All dan Ok seperti Rajah 14.

Rajah 14

                 15.  Langkah yang terakhir, sijil akan berhasil. Jika dalam pangkalan data Ms Excell ada 
                        20 pelajar, maka 20 halaman akan terbentuk (dalam Ms Word). Edit sebaik mungkin.

Tutorial : Cara Membuat Sijil dengan menggunakan Mail Merge

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Wednesday, 20 May 2015

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Medan telah ditubuhkan pada 1hb. Januari 1965. Pada awalnya pelajar-pelajar sekolah ini menumpang di bangunan Sekolah Kebangsaan Seri Medan pada tahun 1965 dengan bilangan pelajarnya seramai 72 orang dan tenaga pengajarnya seramai 4 orang.Oleh kerana bilangan pelajarnya semakin bertambah ramai, sebahagian daripada pelajar-pelajar terpaksa menumpang di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa, Seri Medan pada 1hb. Januari 1970. Pada ketika itu, bilangan pelajarnya telah bertambah menjadi 342 orang dan guru-gurunya seramai 14 orang.

Memandangkan bilangan pelajar yang semakin bertambah ramai dan perlunya sebuah sekolah yang tersendiri serta mewujudkan identitinya yang tersendiri, maka kerja-kerja membina bangunan sekolah ini di tapak yang ada sekarang telah dimulakan pada tahun 1971. Bangunan ini telah dapat disiapkan pada penghujung tahun 1972. bangunan baru dan blok ini mempunyai 8 buah bilik darjah, 2 buah bilik SRT, 2 buah bilik makmak Sains Panduan, 1 bilik buah pejabat, 1 bilik setor, tandas pelajar lelaki dan perempuan dan tandas guru lelaki dan perempuan. Sebuah kantin yang sederhana besarnya juga telah didirikan.Pada 16hb. Januari 1973, pelajar-pelajar dan guru-guru yang menumpang di Sekolah Kebangsaan Seri Medan dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa berhijrah kebangunan barundenga semangat dan azam baru. Pada tahun yang sama juga, sekolah ini mendapat perhatian dari Kementerian Pendidikan kerana dengan berkat usaha gigih pelajar-pelajar, guru-guru PIBG dan masyarakat setempat, Menteri Pendidikan Malaysia, YB Tuan Haji Mohamed bin Yaacob telah sudi merasmikan sekolah ini pada 8hb. September 1973 dalam satu majlis yang gilang gemilang.

Sumbangan bakti tokoh-tokoh tempatan yang menjadi pengasas dan penggerak sekolah ini perlu diberi perhatian dan tempat yang sewajarnya. Diantara tokoh-tokoh yang jasanya patut menjadi kenangan ialah:
1. YB Dr. Awang bin Hassan, Wakil Rakyat Kawasan Muar Selatan. (sekarang Tun Dato’ Dr. Awang Hassan)

2. Allahyarham M. Philip, Pengurus Lombong Seri Medan.
Sebelum sekolah ini ditubuhkan, ramai pelajar yang hendak melanjutkan pelajaran menegah dari Kawasan Seri Medan ini terpaksa pergi ke Bandar Batu Pahat yang jaraknya kira-kira 20 kilometer. Oleh kerana ramai pelajar yang tinggal di kawasan pendalaman di Seri Medan dan menghadapi masalah pengangkutan, maka keciciran tidak dapat dielakkan dari berlaku. Dengan terdirinya sekolah menengah ini ia merupakan satu rahmat bagi penduduk di kawasan ini. Murid-murid dari Sekolah Kebangsaan Seri Medan, Sekolah Kebanghdaan Seri Sejati, sekolah Kebangsaan Seri Permatang Rengas, Sekolah Kebangsaan Tenaga Setia, Sekolah Kebangsaan Seri Pasir, Sekolah Kebangsaan Seri Dayong, Sekolah Kebangsaan Sejagong dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa berpeluang untuk melanjutkan pelajaran menengah mereka. Dengan ini masalah keciciran telah dapat dikurangkan.

Memandangkan pertambahan yang begitu pesat dari segi bilangan pelajar dan guru, bangunan yang sedia ada tidak dapat menampung jumlah yang begitu besar. Oleh itu pada tahun 1981 sebuah bangunan tambahan telah didirikan. Bangunan dua tingkat itu mengandungi 8 bilik darjah, sebuah perpustakaan dan sebuah bilik makmal Sains Panduan. Sebuah blok bangunan Seni Perusahaan juga didirikan. Dengan adanya tambahan bilik-bilik darjah, perpustakaan dan bangunan Seni Perusahaan, pelajar-pelajar di sekolah ini dapat belajar denga lebih selesa dan dapat menikmati kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh perpustakaan.

Selepas tahun 1981, bilangan pelajar sekolah ini semakin bertambah ramai.Pada tahun 1982 pelajarnya berjumlah 1288 orang dan pada tahun 1983 pula angkanya meningkat kepada 1301 orang. Untuk menampung jumlah pelajar yang begitu ramai, pada tahun 1985 didirikan sebuag lagi bangunan tambahan satu tingkat yang mengandungi 6 bilik darjah dalam projek pasang siap.

Kini dengan perlaksanaan KBSM dan untuk memastikan mata pelajaran Kemahiran Hidup dapat dijalankan denga teratur dan sempurna, sebuah lagi bangunan satu tingkat yang mengandungi 4 buah bilik darjah telah dibina dan disiapkan dalam tahun 1989. Bangunan tambahan ini adalah projek gotong royong.

Pada hujung tahun 1991 sebuah bangunan tiga tingkat siap dibina. Bangunan ini mengandungi 3 buah makmal Sains Tulin, 12 buah bilik darjah, 4 bilik kecil dan tandas guru. Dengan terbinanya bangunan ini, lengkaplah keperluan bilik darjah bagi pelajar-pelajar sekolah ini. Mulai permulaan sessi 1992 waktu pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Medan hanya dalam sidang pagi sahaja.

Banjir besar selalu melanda kawasan Seri Medan. Ia merupakan masalah tahunan yang dihadapi oleh sekolah ini sejak tahun 70an hingga pertengahan tahun 80an. Apabila banjir besar berlaku, sekolah ini kerapkali dijadikan pusat pemindahan dan penempatan mangsa-mangsa banjir. Pada tahun 1985 sekolah ini telah dijadikan pusat pemindahan selama 3 bulan. Pada tahun 1987 pula, sejkolah dijadikan pusat pemindahan mangsa banjir selama sebulan khas untuk 689 orang pelajar sekolah ini. Banjir yang saban tahun melanda daerah ini menyebabkan sekolah terpaksa ditutup dan dibuka kepada penduduk kampung. Kesan yang berpanjangan dapat dirasakan. Di antaranya pelajaran pelajar-pelajar terganggu dan harta benda sekolah banyak yang musnah.

Selain dari itu, banjir yang berlaku setiap tahun menyebabkan bilangan pelajar sekolah ini semakin menurun. Rata-rata penduduk di Seri Medan adalah petani yang berpendapatan rendah dan ada diantaranya tidak mempunyai pendapatan tetap. Banjir yang berlaku menyebabkan pendapatan mereka terjejas. Tanaman getah dan kelapa sawit musnah. Oleh itu ramai yang berhujrah ke tempat lain seperti FELDA dan sebagainya untuk mencari pendapatan yang lebih baik lagi.

Kini, dengan terlaksananya projek mendalamkan sungai Simpang Kiri AlhandulilLah , sejak tahun 1988 banjir besar tidak berlaku lagi.

Sekolah ini memulakan aliran Sains Tulin pada tahun 1987. Seramai 35 orang pelajar Sains Tulin telah menduduki peperiksaan SPM pada tahun 1988. Daripada 35 orang pelajar hanya 4 orang sahaja yang gagal dalam peperiksaan tersebut. Ini menunjukkan pencapaian yang baik. Diharapkan pada masa akan datang prestasi ini akan dapat dipertingkatkan lagi.

Pelajar-pelajar sekolah ini mula mendududkio peperiksaan SPM pada tahun 1970. Pada ketika itu hanya terdapat 42 orang calon. Dari tahun 1970 hingga sekarang , peratus kelulusan SPM adalah melebihi 60% kecuali tahun 1971,1973,1977 dan 1979. Rekod kelulusan SPM yang tertinggi pernah dicipta oleh sekolah ini ialah 83.33% iaiatu pada tahun 1974. Pada ketika itu seramai 36 orang calon menduduki peperiksaan tersebut. Pada tahun 1988 pula, peratus kelulusan ialah 77.7%. Peperiksaan SRP pula bermula dari tahun 1967. Seramai 68 orang pelajar mengambil peperiksaan tersebut. Peratus kelulusan tertinggi telah dicipta pada tahun 1991 dengan pencapaian 81.62%

Walaupun sekolah ini kerdil dan terletak di luar bandar, namun sekolah ini mampu menunjukkan kecemerlangan dalam bidang ko-kurikulum. Di antara kejayaan yang pernah dicipta ialah pada tahun 1985, menjadi johan permaianan bola tampar MSSD Batu Pahat, Johan bolasepak bawah 15 tahun, johan peringkat MSSD Batu Pahat dan naib johan peringkat MSSJ bolasepak bawah 14 tahun. Pada tahun 1987 pasukan sofbol lelaki bawah 18 tahun menyandang naib johan. Tahun-tahun berikutnya menampakkan peningkatan di dalam mutu beberapa permainan dan sukan yang disertai di peringkat MSSD Batu Pahat. Ramai atlit dan pemain yang menonjol telah terpilih mewakili negeri Johor kepertandingan peringkat kebangsaan antaranya dalam sukan lari jarak jauh, permainan bola baling perempuan dan sofbol.

Sekolah ini juga pernah mengeluarkan pemidato negeri keperingkat kebangsaan pada tahun 1985 dan 1986. Pada tahun 1988 pasukan kuiz Perdana sekolah ini telah menjadi johan peringkat Daerah Batu Pahat.

Sekolah yang terletak diluar bandar ini juga pernah menerima kunjungan pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan juga orang-orang kenamaan dan pembesar-pembesar negara. Diantaranya adalah seperti berikut :

17.7.1975 - En. Omar b. Md. Hashim (Pengarah Pendidikan Johor) 9.6.1976 - Datuk A.Kadir b. Talib (Ketua S/usaha Kem. Pendidikan). 10.1.1978 - En. Idris b. Tain ( Pengarah Pendidikan Negeri Johor) 26.12.1982 - Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor 19.2.1983 - Menteri Besar Johor. 28.5.1985 - Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamed. 16.3.1986 - DYMM Tengku Mahkota Johor. 15.1.1987 - Menteri Besar Johor 15.9.1988 - Tn. Hj. Ibrahim Yahya (Tim. Pengarah Pendidikan Johor 1) Sehingga kini, seramai 9 orang pengetua telah berkhidmat di sekolah ini. Mereka ialah :

1.1.1965 hingga 31.12.1968 - En. Johar b. Abu Bakar (Allahyarham).

1.1.1969 hingga 31.12.1969 - Tn. Hj. Ahmad b. Abd. Rahman

1.1.1970 hingga 31.12.1979 - Tn. Hj. Omar b. Othman

1.1.1980 hingga 31.12.1983 - Tn. Hj. Paiman b. Hussein(Allahyarham).

1.1.1984 hingga 30.04.1988 - Tn. Hj. Mohd. Fahmi b. Mohd. Yusof.

1.5.1988 hingga 16.10.1992 - En. Yaacob b. A. Kadir

17.10.1992 hingga 5.8.1994 - Tn. Hj. Ismail b. Mohd. Talib

1.01.1995 hingga 15.5.1995 - En. Mohamed Anuar b. Jaafar

16.8.1995 hingga 30.6.1997 - Pn. Hjh. Jamiliah bt. Md. Noh

16.9.1997 hingga - Tn. Hj.Hassan Hj.Ahmad

LAGU SMK SERI MEDAN

Usaha jaya (SMK Seri Medan)
Usaha jaya berusaha kita
Mengejar cita-cita
Majunya kita jayanya kita
Berkhidmat untuk negara

Masa belajar kita belajar
Penuhkanlah ilmu di dada
Masa bersukan kita bersukan
Bagai perwira perkasa

Walaupun apa rintangan
Tabah sedia kita hadapi
Bersyukur kita kepada tuhan
Moga selamat sejahtera

Marilah kita semua
Bersatu berpadu tenaga
Menjunjung cita-cita
Adalah usaha jaya

PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH

PIAGAM PELANGGAN 

Kami guru-guru dan kakitangan SMK Seri Medan, Batu Pahat, Johor dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:

Memberikan perkhidmatan pendidikan yang sempurna kepada pelajar-pelajar kearah kecemerlangan akademik, kokurikulum dan pemupukan sahsiah yang mulia berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Mendidik pelajar untuk menghasilkan tenaga manusia yang berketrampilan dalam pelbagai bidang.

Menyediakan kemudahan pembelajaran yang lengkap dan terkini serta sentiasa menjaga kebajikan pelajar.

Melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan bersedia memberi perkhidmatan yang cekap.

Bersedia menerima, melayan dan bekerjasama dengan ibu bapa dan semua pihak yang berurusan dengan sekolah

MISI DAN VISI SEKOLAH

MISI

MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI.

VISI

SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG

MATLAMAT

MENCAPAI GRED PURATA MINIMUM SEKOLAH

PT3: 3.50
SPM:4.70
STPM: 2.65

home

Penilaian Kursus Kompetensi Teknologi Maklumat dan Komunikasi Penilaian Kursus

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Penilaian Kursus Kompetensi Teknologi Maklumat dan Komunikasi Penilaian Kursus KOMPETENSI TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI Semester 1 - Sesi 2014/2015 (ISMP) 1.0 PENGENALAN Kursus ini akan menyediakan para pelajar dengan pengetahuan asas, prinsip dan kemahiran mengenai teknologi maklumat dan komunikasi. Selain daripada itu, para pelajar akan diberi kemahiran menggunakan perisian-perisian yang disokong oleh elemen multimedia, Internet dan komunikasi bagi meningkatkan kualiti tugasan yang disediakan. Pelajar juga akan didedahkan kepada keselamatan, etika, penulisan teknikal dan profesionalisma dalam ICT. 2.0 HASIL PEMBELAJARAN KURSUS i. Menakrifkan dan mengenalpasti pengetahuan mengenai komponen-komponen komputer, aplikasi komputer dan Internet (C2, A2). ii. Membina dokumen, lembaran kerja dan persembahan dengan menggunakan perisian aplikasi yang sesuai (C3, P3, A2, EM2). iii. Membina imej digital, audio digital dan video digital dengan menggunakan perisian penyuntingan yang sesuai (C3, P3, A2, EM2). iv. Mengurus dan mencari maklumat menggunakan alatan dan aplikasi Internet (C3, LL1). 3.0 PENILAIAN KURSUS 3.1. Pemberatan Kategori Pemberatan Tugasan 100% JUMLAH 100% 3.2. Agihan Pemberatan Kerja Kursus Jenis Kerja Kursus No. Tugasan Jenis Tugasan Agihan Markah (Peratus) Jumlah (Peratus) Individu 1 i) Pemprosesan Perkataan ii) Lembaran Kerja iii) Perisian Persembahan iv) Integrasi 10% 10% 10% 10% 40% 2 Internet & Pengurusan Maklumat 15% 15% 3 i) Pengeditan Imej Digital ii) Pengeditan Audio Digital iii) Pengeditan Video Digital 10% 10% 15% 35% Ujian/kuiz Kuiz 10% 10% JUMLAH 100% 4.0 KERJA KURSUS Sila baca SEMUA perkara yang terdapat di bawah supaya anda mendapat kefahaman yang sebenar tentang bagaimana hendak menyelesaikan kerja kursus anda. Tugasan Arahan Kategori/ bentuk tugasan Tarikh Akhir % 4.1 Tugasan 1 Automasi Pejabat Tugasan 1 (a) : Pemprosesan Perkataan - Pelajar dikehendaki menyediakan sijil penyertaan dan penghargaan kepada pelajar sekolah yang telah menyertai atau terlibat dalam program debat Bahasa Melayu di peringkat sekolah masing – masing. - Pelajar dikehendaki menggunakan teknik mail merge. - Pelajar perlu menghasilkan 5 sijil penyertaan dan 5 sijil penghargaan bagi pelajar yang terlibat dalam program tersebut. - Maklumat yang perlu ada dalam sijil adalah seperti berikut: o Jenis sijil (penghargaan atau penyertaan) o Nama program o Nama sekolah o Tarikh program o Tempat program o Anjuran o Nama pelajar sekolah o Nombor kad pengenalan pelajar o Tandatangan pengetua sekolah Tugasan 1 (b) : Lembaran Kerja - Pelajar dikehendaki menyediakan jadual bagi memasukkan Markah Tahunan bagi kelas-kelas Tahun 3 dan 4. - Dengan menggunakan kemahiran perisian lembaran kerja, kira purata ujian, 30% dari markah peperiksaan pertengahan tahun, 50% dari markah peperiksaan akhir tahun, jumlah markah tahunan dan gred dengan menggunakan fungsi tertentu yang telah dipelajari. - Pelajar dikehendaki mengira jumlah setiap skala gred dengan menggunakan kaedah yang bersesuaian. Peratus setiap gred juga perlu diperolehi. - Pelajar dikehendaki membina graf bagi menunjukkan peratus pencapaian matematik pelajar kelas Tahun 3 dan 4 Tugasan 1 (c) : Perisian Persembahan - Pelajar dikehendaki menyediakan persembahan pembentangan bagi Hari Kantin Sekolah yang akan dilaksanakan pada bulan hadapan. - Persembahan perlu mempunyai unsur – unsur multimedia. Tugasan 1 (d) : Integrasi - Pelajar dikehendaki menyediakan persembahan untuk mesyuarat PIBG. - Dalam pembentangan tersebut perlu ada : o laporan pencapaian peperiksaan/ ujian pelajar menggunakan graf dan jadual daripada perisian Lembaran Kerja. o Aktiviti – aktiviti tahunan sekolah yang telah dan akan dijalankan dengan menggunakan perisian pemprosesan perkataan. INDIVIDU Softcopy Softcopy Softcopy Softcopy Minggu 7 40% 4.2. Tugasan 2 Internet & Pengurusan Maklumat - Pelajar dikehendaki menyediakan blog Pendidikan. - Pengisian blog tersebut adalah seperti berikut: o Bahan-bahan pengajaran o Aktiviti sekolah o Berita o Takwim o Laporan o Bahan-bahan lain yang berkaitan - Pelajar diwajibkan kemaskini blog ini dengan memasukkan kesemua tugasan yang telah dijalankan sebelum ini (Tugasan 1 dan tugasan 3). - Anda juga boleh mengapilkasikan fungsi-fungsi lain (cth: widget, link) pada blog mengikut kreativiti anda. - Pemarkahan juga akan dinilai berdasarkan kreativiti, nilai estetik dan keaslian. INDIVIDU Muatnaik bahan di blog pelajar Minggu 14 15% 4.3 Tugasan 3 Pengeditan Imej, Audio & Video Tugasan 3 (a) : Pengeditan Imej - Pelajar perlu menyediakan poster / banner / kulit majalah / kulit buku / CD Cover bagi keperluan sekolah anda. Tugasan 3 (b) : Pengeditan Audio - Pelajar perlu menyediakan narasi (suara, muzik latar, kesan khas) bagi matapelajaran mengikut pengkhususan anda. Tugasan 3 (c) : Pengeditan ideo - Pelajar perlu menyediakan video pengajaran yang menggabungkan gambar , video / rakaman, audio dan elemen – elemen multimedia yang lain. INDIVIDU Hardcopy & Softcopy Softcopy Softcopy Minggu 10 35% JUMLAH 90% 5.0 UJIAN /KUIZ Sila baca SEMUA perkara di bawah supaya anda mendapat kefahaman yang sebenar tentang bagaimana hendak menyelesaikan kerja kursus anda. Tugasan Arahan Tarikh Akhir % 5.1. Kuiz Pelajar dikehendaki mengambil kuiz yang meliputi Bab 1 (Komponen, Aplikasi, Etika & Keselamatan Komputer) serta lima (5) unit topik di MOOC openlearning. Minggu ke 12 10% JUMLAH 10%

Kata  Alu-aluan
Pengetua Smk Seri Medan
 Batu Pahat
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera

Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T dan kerana memberi kesempatan kepada saya untuk menyampaikan kata alu-aluan dalam blog pendidikan SMK SERI MEDAN.
Diharapkan kewujudan blog ini dapat dijadikan platform untuk perkongsian maklumat dan sebagai panduan oleh semua warga SMK Seri Medan dalam memastikan Misi dan Visi Kementerian Pendidikan Malaysia tercapai.  SMK Seri Medan berhasrat menyediakan pendidikan terbaik demi menghasilkan modal insan yang mampu menangani cabaran dan bersaing di peringkat global, namun masih lagi berpegang teguh kepada agama, nilai dan identiti nasional. Untuk itu, penambahbaikan secara berterusan adalah diperlukan bagi memastikan mutu pendidikan negara kita adalah setanding dengan pendidikan di negara-negara maju. Dengan adanya portal rasmi sekolah, diharapkan segala usaha memartabatkan sistem pendidikan negara melalui penggunaan ict ke peringkat yang lebih tinggi dapat digarap dan diselaraskan dengan terancang. Usaha ini juga mempamerkan iltizam dan komitmen yang tidak berbelah bagi warga guru dan pemimpin sekolah untuk melaksanakan inisiatif-inisiatif yang telah ditetapkan bagi membolehkan aspirasi sistem pendidikan dapat dicapai di setiap peringkat.
Saya yakin dengan iltizam yang kuat dan kerjasama semua pihak serta niat yang ikhlas, insyaAllah usaha kita akan diberkati dan aspirasi yang dihasratkan dapat dicapai. Tahniah dan syabas diucapkan kepada guru penyelaras dan jawatankuasa portal rasmi sekolah yang telah berusaha gigih bagi merealisasikan kewujudan portal rasmi ini.
Sekian, terima kasih.
ZAMILAH BINTI EKHWAN
PENGETUA
SMK SERI MEDAN
BATU PAHAT